Alamak..puas aku tekan butang pada kunci kereta Sagaku, namun kereta tetap tidak boleh dibuka. Lampu led nya juga tidak menyala, hampir pasti baterinya itu sudah 'kong'. Aku pun buka enjin carian Google dan terjumpa satu cara yang dikongsikan. Maaf tuan punya cara, aku dah tak ingat aku 'cedok' dari mana. Aku hendak cepat masa itu. Cara ini hanya terpakai untuk aku yang telah mengunci kereta dengan menekan butang buka/ kunci pada kunci kereta. Rujuk gambar di bawah:
1) buka pintu kereta sebelah pemandu secara manual dengan menggunakan kunci.
2) maka penggera akan berbunyi. Hidupkan enjin kereta dan tekan butang titik pada dashboard seperti gambar di bawah:
3) bunyi penggera pun berhenti dan aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
Pada sebelah malamnya, aku buka kunci tersebut (ada satu skru +), didapati ia menggunakan bateri lithium CR2032 3V. Bateri jenis ini paling murah aku beli di kedai RM2, satu pek ada 5 keping. Jimat kan. Cara-cara hendak menukar bateri:
1) buka skru jenis + (philip/bunga).
2) cabut bateri, ganti yang baru, pasang semula dan siap.
Cuma kena pastikan kedudukan bateri + (positif) adalah seperti gambar di atas.
Sekiranya, kunci kereta masih tidak berfungsi, silalah rujuk kepada pihak Proton atau kedai kunci yang berdekatan.
Tambahan, kunci ini sebenarnya ada dua mod, 1) mod senyap 2) mod bunyi. Hanya perlu tekan kedua-dua butang pada kunci secara serentak semasa hendak buka/ kunci kereta.
Selamat mencuba.