Ahad, 14 Ogos 2016

Jom tahu, bateri Myvi 'kong'.

Assalam..

Pagi Jumaat semalam seperti biasa aku ingin menuju ke tempat kerja, dengan lafaz Bismillah aku masukkan kunci kereta Myvi (isteri aku yang punya), tetapi malang tidak berbau, kereta tidak dapat dihidupkan walau setelah beberapa kali aku mencuba. Dalam hati, 'kong' dah bateri ni. Memandangkan aku nak cepat ke tempat kerja, aku bawalah kereta sendiri Proton Saga buatan Malaysia. Balik saja dari kerja, aku terus mendapatkan 'jumper' milik ayahku. Di sini aku sertakan sekali gambarajah cara sambungan 'jumper' tersebut. (gambar aku ambil dari Google image kredit ke agungrent.co.id).


1) langkah pertama, sambungkan 'jumper' merah pada terminal + (positif) di bateri kereta yang lemah/ 'kong'.

2) kedua, sambungkan satu lagi 'jumper' merah tu pada terminal + (positif) bateri kereta yang elok.

3) ketiga, sambungkan 'jumper' hitam pada terminal - (negatif) bateri kereta yang elok.

4) keempat, sambungkan 'jumper' hitam lagi satu pada badan kereta (besi) di kereta yang lemah/'kong' baterinya tadi. Boleh juga sambungkan terus pada terminal - (negatif) bateri yang lemah/'kong' itu (aku buat cara ni, tapi risiko adalah tanggungjawab sendiri).

5) kelima, biarkan sambungan itu dalam 2-5 minit, kemudian baru cuba hidupkan enjin kereta bateri yang lemah/'kong' itu. InsyaAllah boleh hidup.

6) keenam, cabut sambungan tadi secara mengundur yakni dari langkah keempat ke pertama.

Setelah kereta Myvi itu berjaya dihidupkan, aku cek semula tarikh pembelian bateri pada kad jaminan (warranty card) dan resit pembelian. Alhamdulillah, tarikh beli 11/2/2016 dan ada jaminan selama setahun. Lantas aku menghubungi pusat servis Perodua cawangan Mentakab dan diminta untuk membawa kereta untuk diperiksa. Ya, memang benar bateri sudah 'kong'. Aku dipinjamkan bateri lain oleh pihak Perodua tersebut sementara menunggu proses tuntutan bateri daripada pihak pembekal. Apa yang penting, buat sementara waktu ini kereta Myvi isteriku boleh digunakan seperti biasa. Syukur, ya Allah. Proses seterusnya akan dikemaskini setelah dapat bateri baru, InshaAllah.

Kemaskini, 2/9/2016. Alhamdulillah, pihak Perodua Mentakab sudah menghubungiku untuk tukar bateri yang baru ( jangkamasa proses tuntutan jaminan bateri lebih kurang 2 minggu waktu bekerja). 5/9/2016 - tukar bateri baru. Untuk makluman, tempoh jaminan bateri selama setahun tetap dikira dari tarikh beli bateri yakni pada 11/2/2016 sehingga 11/2/2017. Sekian, terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan