Isnin, 15 Ogos 2016

Jom tahu, kunci Saga habis bateri.

Assalam..

Alamak..puas aku tekan butang pada kunci kereta Sagaku, namun kereta tetap tidak boleh dibuka. Lampu led nya juga tidak menyala, hampir pasti baterinya itu sudah 'kong'. Aku pun buka enjin carian Google dan terjumpa satu cara yang dikongsikan. Maaf tuan punya cara, aku dah tak ingat aku 'cedok' dari mana. Aku hendak cepat masa itu. Cara ini hanya terpakai untuk aku yang telah mengunci kereta dengan menekan butang buka/ kunci pada kunci kereta. Rujuk gambar di bawah:



1) buka pintu kereta sebelah pemandu secara manual dengan menggunakan kunci.

2) maka penggera akan berbunyi. Hidupkan enjin kereta dan tekan butang titik pada dashboard seperti gambar di bawah:


3) bunyi penggera pun berhenti dan aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

Pada sebelah malamnya, aku buka kunci tersebut (ada satu skru +), didapati ia menggunakan bateri lithium CR2032 3V. Bateri jenis ini paling murah aku beli di kedai RM2, satu pek ada 5 keping. Jimat kan. Cara-cara hendak menukar bateri:

1) buka skru jenis + (philip/bunga). 


2) cabut bateri, ganti yang baru, pasang semula dan siap.

Cuma kena pastikan kedudukan bateri + (positif) adalah seperti gambar di atas. 

Sekiranya, kunci kereta masih tidak berfungsi, silalah rujuk kepada pihak Proton atau kedai kunci yang berdekatan.

Tambahan, kunci ini sebenarnya ada dua mod, 1) mod senyap 2) mod bunyi. Hanya perlu tekan kedua-dua butang pada kunci secara serentak semasa hendak buka/ kunci kereta.

Selamat mencuba.


19 ulasan:

  1. Boleh tolong bgtau mcm mna tuan buka scara manual? Trima kasih

    BalasPadam
  2. Saya dah cuba macam2 tapi tetap sama..guna kunci buka pintu pun langsung tiada bunyi alam pun...saya sdh cari di google dan youtube pun tidak jumpa juga yang membantu saya.lampu kunci masih terang bila sy tekan tetapi pintu atau bunyi alam tiada langsung bunyi..tekan 2 butang kunci alam pun masih sama..minta bantuan tuan siapa2 yg pakar.

    BalasPadam
  3. Bantu saya,kunci alam kerita saga blm sy tidak berfungsi walaupun sdh tekan2..skrng sy buka pintu guna kunci saja akan tetapi selalunya bunyi alam akan berbunyi tetapi langsung tiada bunyi.selalunya ada lampu di dalam kerita saya apa bila sy tekan kunci kerita..tetapi skrng ni langsung tak ade...

    BalasPadam
  4. Pakai kunci untuk lock kereta , lampu menyala 2-5 kali lepas itu stop , kena pakai kunci untuk bula pintu ?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum dan selamat pagi. .minta bantuan. .sya pkai saga blm. .remote alarm x berfungsi,tp lampu kt remote tu menyala. .apa mslahnya? Lg satu sya nak buka lock kereta pkai manual pun x boleh. .mohon pencerahan. .hrp ada yg dpt membntu. .

    BalasPadam
  6. Salam, baru2 ni remote kunci saga baru sy x bole unlock kalau baru keluar dr tmpt sejuk/aircond. Tp kalau nk keluar umh (umh xde aircond) elok pulak xde masalah lock & unlock. Kalau jln2 kt luar waktu siang pn xde masalah, yg masalahnya bila masuk tempat sejuk, bila kunci tu sejuk trus problem, smpai kene amek masa 2-3 minit utk genggam remote tu bg haba baru leh unlock. Pelik benau remote ni mmg mcm ni ke kunci xle kene aircond?

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam. saya pun masalah yg sama mcm tuan, berbulan terseksa huhu. pagi tadi saya pergi sc, sc detect bateri kunci dah kong. tapi sc takde stock bateri 3v tu. jadinya saya pergi living depot bangi beli brand energizer saiz 20232. saya tukar sendiri bateri. tengah hari ni masuk office sejuk yg amat, bila tekan kunci lampu menyala. rasanya takde masalah dah kot. cuba tuan tukar bateri

      Padam
    2. walaikumsalam. saya pun masalah yg sama mcm tuan, berbulan terseksa huhu. pagi tadi saya pergi sc, sc detect bateri kunci dah kong. tapi sc takde stock bateri 3v tu. jadinya saya pergi living depot bangi beli brand energizer saiz 20232. saya tukar sendiri bateri. tengah hari ni masuk office sejuk yg amat, bila tekan kunci lampu menyala. rasanya takde masalah dah kot. cuba tuan tukar bateri

      Padam
    3. walaikumsalam. saya pun masalah yg sama mcm tuan, berbulan terseksa huhu. pagi tadi saya pergi sc, sc detect bateri kunci dah kong. tapi sc takde stock bateri 3v tu. jadinya saya pergi living depot bangi beli brand energizer saiz 20232. saya tukar sendiri bateri. tengah hari ni masuk office sejuk yg amat, bila tekan kunci lampu menyala. rasanya takde masalah dah kot. cuba tuan tukar bateri

      Padam
  7. terima kasih atas info yang diberikan,amat berguna πŸ‘ dan telah dimanfaatkan

    BalasPadam
  8. SALAM, BATERI SYE DH TUKA, TPI REMOTE MASIH TAK BERFUNGSI ,LAMPU PADA REMOTE PN TAK HIDUP

    BalasPadam
  9. Keta sy jenis saga kebal lama.. lampu signal dua2 menyala,arlam pun berbunyi. Dan Keta xleh nk start. Nk cari fius arlam tak jumpe... Boleh sesiapa bgtau mcm mna nk buat Yee..?!

    BalasPadam
  10. Salam tuan..apabila sy nk lock kereta guna remote.. Lampu signal menyala 3 kali dan tidak dpt lock.. Boleh bantu x

    BalasPadam
  11. Saya masalah tekan lama lama remote baru boleh buka atau kunci pintu.dah tukar beteri remote pun masih jua ada siapa boleh tolong bagi jalan penyelesaiannya

    BalasPadam
  12. Tolong saya bagaimana plak saya dh tuko bateri alarm remote tp still xboleh buka pintu krte. Gune kunci pon xboleh. Open Bonet boleh pkai kunci tp xde alarm berbunyi. Apa harus saya buat. Nk buka pintu kereta ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama masalah saya sekarang ni,pomen kata nk tukar 1set central lock sekali rm700 sekali resit cip semua ,sakit kepala ,ada siapa² ada cara lain

      Padam
  13. Casino of the Day | Best Air Jordan 11 Retro
    Casino of the Day. With 40 of λ‹€νŒŒλ²³ the newest releases, including an 좜μž₯샡 amazing air jordan 20 shoes clearance selection of exclusive casino games and 188bet exclusive bonuses jordan 11 retro outlet from the best

    BalasPadam