Jumaat, 12 Ogos 2016

Jom tukar ke simpanan KWSP patuh shariah.

Assalam..

Aku dan isteri baru saja selamat mendaftar simpanan kwsp patuh shariah. Prosesnya lebih kurang 10 ke 15 minit memandangkan pelanggan sudah tidak ramai pada jam 4.20 petang. Lokasi : Pejabat Kwsp Jerantut, Pahang. Hanya perlu bawa kad pengenalan dan pastikan 'chip' nya elok. Aku telah dapat tahu tentang hal ini setelah terbaca di laman sesawang http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31224 pada 3/8/2016. Terus aku hebohkan di 'group whastapp' ku. Untuk maklumat lanjut berkenaan hal ini boleh lah ke http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/index.html.

Jom & Selamat mendaftar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan